Friday, October 2, 2009

Pertunjukan Udara The Thunderbirds & Skn ke 11 TUDM

Tentera Udara Diraja Malaysia dan United State Air Force (USAF) dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa tim aerobatik terkenal, The Thunderbirds dan Skn ke 11 TUDM akan mengadakan pertunjukan udara bersama pada 3 Oktober 2009 bertempat di Pangkalan Udara Subang.

Skn ke 11 TUDM merupakan skuadron elit yang memiliki aset canggih TUDM iaitu pesawat Su-30MKM manakala The Thunderbirds yang menggunakan pesawat F16 pula merupakan skuadrom pertunjukan udara USAF yang berpangkalan di Nellis Air Force Base ,Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pertunjukan ini adalah percuma dan orang ramai dijemput untuk hadir pada 3 Oktober 2009 bermula jam 10 pagi bagi menyaksikan pertunjukan dari tim aerobatik yang merupakan antara yang terbaik di dunia di samping berpeluang menyaksikan kehebatan juruterbang TUDM melakukan aksi mencabar bersama pesawat tempur Sukhoi (Su-30MKM).

Orang ramai dan penduduk yang tinggal di sekitar Subang dan Shah Alam diminta supaya tidak terkejut dengan kehadiran pesawat-pesawat pejuang yang akan melakukan penerbangan rendah bermula pada 1 Oktober 2009 sehingga 3 Oktober 2009

Aturcara

1.      1ST Oct 09 (Thursday).
       1200H - Arrival of 2 X C17 at Subang Air Base.
       1430H -1500H - Arrival of 8 X F16.
       - Arrival of 2 X KC135 Tanker.

2.      2nd Oct 09 (Friday).
       Practice Day / Media.

       0900H - Final Planning Meeting.
       - Base Opened Day. (Armed forces & Embassy Staff)
       1030H -1100H - C17 Demonstration.
       1100H -1130H - Shukoi Air Show.
       1130H -1230H - Thunderbirds Air Show. (Fly Over Twin Tower)
       1200H - F16 fly-by with Chief of Armed Forces.

3.      3rd Oct 09 (Saturday).
       Actual Day / Open for Public.

       0900H - Base Open Crowd.
       0915H - Arrival of Guests.
       0930H - Arrival of Chief of RMAF.
       0945H - Arrival of Chief of Armed Forces.
       1000H - Arrival of Diplomats.
       1015H - Arrival of Dignitaries.
       1030H -1100H - C17 Demonstration.
       1100H -1130H - Sukhoi Air Show.
       1130H -1230H - Thunderbirds Air Show.
       1245H -1300H - Autograph Signing by Thunderbirds Crew.
       1300H - VVIP & pilot Photography session.
       Lunch.
       1400H - Programme End.

Centos 7 reset root/ any user lost password / lockout due to cant remember password

1. Need to be in front of the terminal. (Physically if not vm). 2. Reboot the server 3. Press 'e' in the GRUB2 boot screen. 3. bunch...