Saturday, August 28, 2010

CAP gesa tarik balik minyak sapi QBB


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

Pnegumuman jakim


CAP gesa tarik balik minyak sapi QBB

KUALA LUMPUR 23 Ogos 2010- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan.
"CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu. "Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.
Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu.
"Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada 

Centos 7 reset root/ any user lost password / lockout due to cant remember password

1. Need to be in front of the terminal. (Physically if not vm). 2. Reboot the server 3. Press 'e' in the GRUB2 boot screen. 3. bunch...