Wednesday, May 13, 2009

Gedung Isteri

Gedung Isteri

Sebuah Gedung Isteri baru dibuka di kota New York di mana lelaki dapat memilih mana-mana isteri yang berkenan di hati. Di antara arahan-arahan yang ada di pintu masuk termasuklah yang menunjukkan bagaimana peraturan untuk masuk ke gedung tersebut.
Anda hanya dapat mengunjungi gedung ini SEKALI sahaja." Gedung tersebut terdiri dari enam tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan sekumpulan calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya ,semakin tinggi nilai perempuan tersebut.

Anda boleh memilih perempuan di tingkat tertentu atau mahu memilih ke tingkat seterusnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun ke lantai sebelumnya kecuali untuk keluar dari gedung. Lalu, seorang lelaki pun pergi ke Gedung Isteri untuk mencari isteri.

---------------------------------------------------------------------
Di tingkat pertama terdapat satu tulisan seperti : :

Tingkat 1;
Perempuan di sini sopan santun dan taat pada tuhan, lelaki itu tersenyum kemudian naik ke tingkat ke2.

Tingkat 2;
Perempuan di sini sopan santun dan taat pada tuhan, dan sukakan kanak-kanak.Kemudian lelaki itu naik ke tingkat ke3.

Tingkat 3;
Perempuan di sini sopan santun dan taat pada tuhan, sukakan kanak-kanak dan cantik.

"Wow", tetapi fikirannya masih penasaran dan terus naik. Sampailah dia ke tingkat 4.

Tingkat 4;
Perempuan di sini sopan santun dan taat pada tuhan, sukakan kanak-kanak,cantik dan rajin membuat kerja rumah.

Dalam hati lelaki itu berkata ," ya tuhan, macam tidak percaya ada perempuan sebagus ini".Dan dia tetap meneruskan langkahnya ke tingkat seterusnya.

Tingkat 5;
Perempuan di sini sopan santun dan taat pada tuhan, sukakan kanak-kanak,cantik, rajin membuat kerja rumah, pandai memasak dan kaya.

Dia tergoda untuk berhenti tapi kemudian dia memanjat lagi ke lantai 6 dan terdapat tulisan

Tingkat 6
: Anda adalah pengunjung yang ke 10,363, 012. Tidak ada perempuan di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata bukti untuk lelaki yang tidak pernah puas. TERIMA KASIH kerana berbelanja di Gedung Isteri. Hati-hati ketika keluar dari gedung ini dan semoga hari ini hari yang indah buat anda.

Centos 7 reset root/ any user lost password / lockout due to cant remember password

1. Need to be in front of the terminal. (Physically if not vm). 2. Reboot the server 3. Press 'e' in the GRUB2 boot screen. 3. bunch...