Tuesday, May 5, 2009

KHASIAT PELUK ISTERI

KHASIAT PELUK ISTERI
- Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

(UNTUK YG DAH BERKAHWIN ... YG BELUM KENA CEPAT2 LA KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap
pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd.. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan
kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan
tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana
pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai
hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut
terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk
Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat
Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai
kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau
senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan
suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan
peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh
peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Seks adalah Multivitamin?

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala,
maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui
bahawa melakukan hubungan seks itu justeru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak ... beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini.
Mari kitaberbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit
kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk
mengeluarkanhormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang
bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diertikan
bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "ubat sakit kepala" yang
dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat anda lebih peka. Daya cium anda akan meningkat
seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahawa saraf-saraf perciuman
dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika anda sedang bergairah.

Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

Centos 7 reset root/ any user lost password / lockout due to cant remember password

1. Need to be in front of the terminal. (Physically if not vm). 2. Reboot the server 3. Press 'e' in the GRUB2 boot screen. 3. bunch...